Thursday, January 22, 2015

Aku Manusia

Kerana aku manusia, aku lemah,
Kerana aku manusia, aku marah,
Kerana aku manusia, aku lelah,
Kerana aku manusia, aku rebah.

Kerana aku manusia, aku rasa,
Kerana aku manusia, aku ketawa,
Kerana aku manusia, aku kecewa,
Kerana aku manusia, aku cinta.

Kerana aku manusia, aku soal,
Kerana aku manusia, aku sesal,
Kerana aku manusia, aku bebal,
Kerana aku manusia, aku kesal.

Kerana aku manusia, aku amuk,
Kerana aku manusia, aku cemuh,
Kerana aku manusia, aku remuk,
Kerana aku manusia, aku lusuh.

Kerana aku manusia, aku binasa.
Kerana aku manusia, kau manusia.


I.E - Act of stupidity and idiotness are derived by the stupidity and idiotness of the actor.

Thursday, January 8, 2015

Sang Kanan dan Si Kiri

Sang Kanan menyampai khabar,
Khabar berita tentang kita.
Tentang hidup, tentang dunia,
Tentang si musuh, tentang mereka.
Disaji cerita, cereka, cerama,
Membawa wahyu panduan manusia.
Menjadi pedoman mengisi minda,
Menjadi agama dalam jiwa.

Si Kiri wira pembela,
Membela yang lemah teranaiya.
Tua muda sama kaya,
Hitam putih buta beza.
Ikrar janji diikat nyawa,
Pada yang tinggi sumpah setia.
Janji perwira-perwira bersama,
Menentang sang musuh durjana.

Terbangkan kepak-kepak puakamu,
Tebarkan kaki-kaki penghancurmu,
Lepaskan hujan-hujan apimu,
Lontarkan lembing-lembing nerakamu.
Biar gelap awan pagi,
Biar hilang sinar tari,
Biar tandus muka bumi,
Biar mati!