Wednesday, August 19, 2015

Diam Bukan Bisu

Jikalau soalan ku,
Jikalau jawapan ku,
Jikalau perkataan ku,
Jikalau perasaan ku,
Hanya lah bebelan.

Maka diam dan bisu,
Pilihan ku.

Thursday, January 22, 2015

Aku Manusia

Kerana aku manusia, aku lemah,
Kerana aku manusia, aku marah,
Kerana aku manusia, aku lelah,
Kerana aku manusia, aku rebah.

Kerana aku manusia, aku rasa,
Kerana aku manusia, aku ketawa,
Kerana aku manusia, aku kecewa,
Kerana aku manusia, aku cinta.

Kerana aku manusia, aku soal,
Kerana aku manusia, aku sesal,
Kerana aku manusia, aku bebal,
Kerana aku manusia, aku kesal.

Kerana aku manusia, aku amuk,
Kerana aku manusia, aku cemuh,
Kerana aku manusia, aku remuk,
Kerana aku manusia, aku lusuh.

Kerana aku manusia, aku binasa.
Kerana aku manusia, kau manusia.


I.E - Act of stupidity and idiotness are derived by the stupidity and idiotness of the actor.

Thursday, January 8, 2015

Sang Kanan dan Si Kiri

Sang Kanan menyampai khabar,
Khabar berita tentang kita.
Tentang hidup, tentang dunia,
Tentang si musuh, tentang mereka.
Disaji cerita, cereka, cerama,
Membawa wahyu panduan manusia.
Menjadi pedoman mengisi minda,
Menjadi agama dalam jiwa.

Si Kiri wira pembela,
Membela yang lemah teranaiya.
Tua muda sama kaya,
Hitam putih buta beza.
Ikrar janji diikat nyawa,
Pada yang tinggi sumpah setia.
Janji perwira-perwira bersama,
Menentang sang musuh durjana.

Terbangkan kepak-kepak puakamu,
Tebarkan kaki-kaki penghancurmu,
Lepaskan hujan-hujan apimu,
Lontarkan lembing-lembing nerakamu.
Biar gelap awan pagi,
Biar hilang sinar tari,
Biar tandus muka bumi,
Biar mati!


Saturday, July 5, 2014

Kerana Nurani, Kerana Naluri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kerana tulisan itu adalah luahan.
Kerana luahan itu adalah naluri.
Kerana naluri itu adalah nurani.
Kerana nurani itu datang dari hati.
Kerana Hati itu pemberian Ilahi.

Sunday, March 2, 2014

Sang Merpati Terbang Tinggi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sang Merpati mencari-cari,
Mencari rezeki untuk anak isteri,
Anak isteri tinggal sendiri,
Tinggal sendiri, tiada yang memerhati.

Sang Merpati singgah berhenti,
Singgah berhenti, senang diri.
Senang diri setelah lelah hati.
Lelah hati rezeki tak dijumpai.

Sang Merpati harap mati.
Harap mati pada Ilahi.
Ilahi kirim buah berisi.
Buah berisi jadi rezeki.

Ingatlah kamu wahai Insan Insani.
Tentang Merpati dan Rezeki.
Telah ditentukan oleh Ilahi.
Tanpa ada ragu di sisi.

Kadang Kala

Ada masanya, aku suka berteman.
Ada masanya, aku suka bersendiri.
Ada masanya, aku suka berjalan.
Ada masanya, aku suka berehat.

Wednesday, December 18, 2013

Langkahku

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Setiap langkah ku ambil, dengan Dia di dalam Qalbi.
Setiap langkah ku ambil, dengan namaNya di hujung Lisani.
Setiap langkah ku ambil, kepada arahNya di jari telunjuk ini.
Setiap langkah ku ambil, kepada diriNya aku ingin kembali.

Ini langkah pertamaku.
Dan inilah satu-satunya langkahku.



I.E: Jangan gusar dengan langkahmu, biar kabus biar ribut yang dihadapkan, selalu Dia yang menemanimu.