Thursday, January 8, 2015

Sang Kanan dan Si Kiri

Sang Kanan menyampai khabar,
Khabar berita tentang kita.
Tentang hidup, tentang dunia,
Tentang si musuh, tentang mereka.
Disaji cerita, cereka, cerama,
Membawa wahyu panduan manusia.
Menjadi pedoman mengisi minda,
Menjadi agama dalam jiwa.

Si Kiri wira pembela,
Membela yang lemah teranaiya.
Tua muda sama kaya,
Hitam putih buta beza.
Ikrar janji diikat nyawa,
Pada yang tinggi sumpah setia.
Janji perwira-perwira bersama,
Menentang sang musuh durjana.

Terbangkan kepak-kepak puakamu,
Tebarkan kaki-kaki penghancurmu,
Lepaskan hujan-hujan apimu,
Lontarkan lembing-lembing nerakamu.
Biar gelap awan pagi,
Biar hilang sinar tari,
Biar tandus muka bumi,
Biar mati!


2 comments:

Elena said...

Bila gelap awan pagi,
Rahsia bintang masih tersembunyi.

Bila hilang sinar tari,
Perlahan langkah disusun kembali.

Bila mati,
Tetap di hati.

Muhammad Dzulhazmi said...

Kerana takut gelap rahsia
Kerana takut hilang langkah
Kerana takut mati di hati